Friday, 4 January 2013

Latar Belakang Pendidikan Khas High School Muar

  Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Penglihatan ini telah memulakan operasinya seawal tahun 1969. Terdapat 2 orang pelajar perintis program ini iaitu Isa Bin Hj Taib (Grisek, Muar) dan Mahat (Pontian, Johor) dengan seorang tenaga pengajar. Pada suatu ketika program ini terpaksa ditutup disebabkan tiada pelajar yang mendaftar masuk ke program ini. Namun selang beberapa tahun kemudian, program ini dibuka semula dengan pendaftaran pelajar baru yang bertambah dari tahun ke tahun sehingga tahun 2006, terdapat 6 orang pelajar. Bagi mereka yang tinggal jauh, kemudahan asrama Putra Jalan Junid menjadi pilihan pelajar lelaki dan asrama perempuan Sekolah Menengah Perempuan Sultan Abu Bakar. Pada awalnya program ini beroperasi di bangunan kayu yang dinamakan Bilik Resos (sekarang dijadikan Bilik Pengurusan SPBT). Walaubagaimanapun atas keperihatinan pihak pengetua Puan Milan Bt Abdullah dan pengurusan Sekolah Tinggi Muar, mulai 20.09.2004, bilik Pendidikan Khas telah berpindah ke blok L yang lebih luas dan selesa.